Friday, August 31, 2012

al-kisah BULAN!

Banyak cerita yang telah dikaitkan dengan "BULAN" dan yang terkini, kaum Cina akan menyambut Perayaan Tanglung dan Kuih BULAN. Alangkah indahnya sekarang di Malaysia terdapat Kuih Bulan yang halal dan membolehkan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan budaya bersama menceriakan lagi sambutan tanglung tahun ini samping mengeratkan talian silaturrahim antara kita.


Manusia pertama yang menjejakkan kaki di BULAN, angkasawan Neil Alden Armstrong, yang masyhur dengan ungkapan kata-kata "That's one small step for a man, a giant leap for mankind" (Ini adalah satu langkah kecil bagi seorang lelaki, tetapi menjadi satu lonjakan gergasi kepada manusia) pula,telah meninggal dunia pada 25 Ogos 2012.

BULAN Syawal muncul pada 17 Ogos 2012 menandakan tamatnya sebulan umat Islam berpuasa di BULAN Ramadhan dan seluruh masyarakat Malaysia bersama meraikan Eid-Ul Fitri. Rumah terbuka menjadi amalan ramai rakan Melayu kita dan memberi kita peluang untuk meningkatkan perpaduan sesama kita.

Alangkah indahnya negara ini telah dikurniakan dengan kepelbagaian budaya, agama dan bangsa sejak berkurun lamanya yang telah menambahkan tarikan dan mewarnai negara kita Malaysia.

Yang pasti, kaum Melayu, Cina dan India  telah bersama-sama memainkan peranan masing-masing untuk menabur jasa dan bakti terhadap tanahair yang dipanggil "tempat tumpah darah ku" serta telah sebati dengan sensitiviti kaum masing-masing.

Mengapa kita perlu layan warga Malaysia yang bersifat perkauman atau racist? Malah ketamakan dan mentaliti racist ini paling jijik antara semua perbuatan yang terkutuk oleh manusia. Mereka tidak harus dipanggil warga Malaysia dan amat memalukan jika motifnya hanya untuk melaga-lagakan rakyat Malaysia yang telah bersama hidup dibawah satu bumbung semata-mata untuk memenuhi kepentingan dirinya.

31 Ogos 2012, Malaysia meraikan 55 tahun kermerdekaan dan tiba masanya untuk semua warga Malaysia untuk melupakan segala perbezaan fahaman dan kepercayaan untuk bersama menyambut hari yang bersejarah ini bersama. Bukan senang inisiatif dan usaha menuntut kemerdekaan!

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 55!




p/s. selepas ni datang pula "demam" PRU 13 dan ada juga berita BULAN putih yang diselubungi "awan" hijau.

No comments: