Sudahlah terjerit-jerit sampai mulut berbuih dan air liur tempias tentang berita Utusan Malaysia yang tidak mempunyai asas. Tomahan beliau sememangnya palsu dan ini kah Pak Ibrahim sebagai seorang Muslimin Malaysia?
Pak Ibrahim, orang suruhan atau "barua" orang atasan yang mempunyai motif sebalik mengapa beliau disuruh mengacu-acu isu-isu yang berbau perkauman yang menampakkan barua ini dilindung daripada dikenakan tindakan oleh kerajaan atau pihak keselamatan.
Dia sebagai ketua badan NGO PERKOSA patut lebih bertanggungjawab tentang ucapan-ucapan beliau yang menimbulkan rasa tidak senang hati terhadap kaum bukan Melayu di Malaysia yang mana masyarakat majmuk telah lama kongsi hidup bersama secara aman dan kenapa kini ditimbulkan perkara berbau perkauman?
Adakah dia mewakili orang Melayu yang tidak berniat untuk negara Malaysia menjadi kompetitif di persada dunia? Dia merasa lebih senang jika warga Malaysia hidup dalam suasana kampung dan berbalik menjadi negara mundur.
Kalaulah pada pandangannya orang Melayu sajalah yang boleh membuat keputusan dan kaum yang lain menjadi Pak Turut, adakah ini bermakna kaum yang lain tidak mempunyai hak untuk bercakap dalam sebuah negara yang demokrasi mengikut lunas perlembagaan?
Rakyat Malaysia secara umum memang tidak memahami tindakan Barua ini dan jika benar beliau dibayar untuk membuat "bising", maka beliau boleh digelar pelacur politik. Barua ini adalah spesimen orang yang tidak mempunyai pendirian sendiri dan manakah elemen jati diri yang diwar-war kan oleh prinsip kenegaraan?
Dimanakah sifat kesederhanaan Barua ini?
Pelik kalau beliau meminta warga kaum bukan Melayu supaya berdiam, yang sememangnya juga tidak disenangi oleh orang Melayu golongan yang berpendidikan, bersifat kesederhanaan atau yang mempunyai pendedahan terhadap pembangunan negara agar warga Malaysia secara keseluruhan dapat menikmati kehidupan yang lebih sempurna.
Kini, pelajar-pelajar yang sememangnya layak untuk mendapat biasiswa tetapi telah diabaikan dan permintaan agar JPA menggaji semula senarai pelajar yang layak pun dijadikan isu. Barua tiba-tiba "menyalak" macam anjing gila seolah-olah dia seorang menteri dalam kerajaan.
Kerana insan yang sesat sebegini, Talent Corp mengalami kerumitan untuk menarik warga Malaysia yang berbakat untuk pulang ke tanahair.
Perlakuan beliau sebegini juga menyulitkan usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk mendapatkan sokongan rakyat dalam Pilihanraya yang akan datang. Jika BN berikhtiar untuk menang dengan selesa, "anjing liar" ini patut diletak dalam kurungan Kamunting supaya suasana perkauman genting yang diapi-apinya tidak merebak.
Kalau beliau ingin betul melindungi hak orang Melayu, mengapa tidak menyoal kerajaan tentang harga barang keperluan yang makin naik sehingga rakyat tertekan dan mengapa orang Melayu masih hidup dalam kemiskinan. Kemanakah perginya peruntukan kerajaan untuk membasmi kemiskinan orang kampung dan pendalaman?
Malulah orang Malaysia ada ahli parlimen macam Barua ini!
Kalaulah PERKOSA hendak bantah, protes atau menjerit biarlah isu yang bernas serta membawa manfaat kepada negara dan rakyat supaya dapat menjanakan pembangunan dan socio-ekonomi. Memang jelas, dia tidak memiliki kematangan dan kebijaksanaan sebagai wakil rakyat.
Jika status dan pengiktirafan orang Melayu terhadapnya yang dikejar, memang confirm Barua ini "gila kuasa".
Barua, insaflah! Orang Melayu tidak boleh diperbodohkan lagi.
No comments:
Post a Comment