Rayuan "Jangan lah kami di BOIKOT lagi"
Adakah ini benar-benar rayuan Datuk Jamal Md. Yunus? Yang jelas satu persatu cawangan Sekinchan Ikan Bakar mulai tutup. Yang terkini, cawangan Centrum Setiawangsa telah ditutup dan kain rentang di kedai katanya untuk "kerja-kerja naik taraf".
Kalau naik taraf menjadi 5 bintang dan memperbesarkan kedai, kita bersama mengucapkan syabas kepada Jamal. Tetapi yang peliknya, naik taraf kedai pula melibatkan cawangan itu di kurangkan keluasan ruang kedai tersebut. Naik taraf apa ni?
Satu lot kedai yang dahulunya ruang makan air-cond kini diambil alih oleh Restoran Pinggan Mangkuk (yang kain rentang berwarna biru), Tak tahulah kalau restoran baru ini kepunyaan Jamal, Andainya, restoran baru ini kepunyaan beliau, rasanya mesti diboikot lagi.
25 Disember dikatakan kerja naik taraf akan siap, tapi sehingga hari ini, 26 Disember, kerja-kerja ubah suai masih giat dijalankan.
Apalah nasib si Jamal ni dah ditimpa malang!!!!
Jadikanlah ini suatu petua dalam menjalankan perniagaan yang berjaya, supaya jangan mencampur aduk politik dengan bisnes!!!
No comments:
Post a Comment