Kalau apa-apa terjadi, siapa yang susah? kalau penunggang dan pembonceng nak mengambil risiko nyawa diri, biarkan merekalah, memang dah menjadi suatu tabiat harian yang sukar hendak ditukar kecuali setelah sesuatu yang tidak diingini berlaku pada diri mereka.
Rasanya pihak polis sudah pun mengutuskan bahawa mereka tidak lagi dapat membendung gejala sosial seperti ini. Lama-kelamaan, tidak menghairankan jika Kuala Lumpur ini menjadi pusat tumpuan MEREMPIT yang paling ramai di Malaysia.
Namun, kita tidak dapat mengabaikan kebolehan aktiviti MEREMPIT sebagai budaya baru orang Malaysia dan menjadi tarikan pelancong berdasarkan MEREMPIT ini adalah sesuatu yang unik di negara ini.
Memandangkan kalangan remaja Malaysia sungguh aktif dengan aktiviti MEREMPIT serta sanggup menggadai nyawa, ia sungguh menghairankan mengapa negara ini sehingga kini tidak dapat mengahsilkan penunggang motosikal bertaraf Super Bike secara besar-besaran.
Apa yang pasti, keselamatan pengguna-pengguna jalanraya yang lain akan merasa keegoaan MEREMPIT secara berleluasa jika kelakuan seperti ini tidak dibendung malah menganjurkan aktiviti-aktivit riadah oleh UMNO untuk menunjuk Mat Rempit jalan benar tidak menghasilkan perubahan positif.
Anjuran oleh VIP, VVIP dan Kerajaan untuk Mat Rempit menyertai UMNO menyebabkan mereka merasakan seperti pihak berkuasa menyokong kegiatan mereka dan lali terhadap sebarang tindakan undang-undang. Jika tidak, mereka akan berasa megah dan gah serta dapat menimbulkan pelbagai masalah sosial yang berkaitan seperti dadah, Bohsia, perjudian haram di cyber cafe, dan sebagainya.
Jika pihak Polis dan Kerajaan terutamanya UMNO inginkan sokongan padu rakyat, mereka seharusnya membanteras kegiatan MEREMPIT dari awalnya bak pepatah Melayu, "jika hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya".
No comments:
Post a Comment